Program Advokasi dan Taklimat Analog Switch-Off

31 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Ogos 2019, pusat internet dibawah Kluster Saratok dan Kabong telah menganjurkan Progam Kolaborasi bersama-sama Giatmara Saratok dan JKKK Bahagian Saratok. Program ini adalah Program Advokasi dan Taklimat Analog Switch-Off. Pada pukul 8.00 pagi, para peserta Giatmara seramai 48 orang telah diberi taklimat mengenai kempen advokasi dengan pelbagai modul. Modul-modul yang disampaikan oleh petugas pusat internet adalah E-Waste, Klik Dengan Bijak, Maklumat Palsu, Panggilan Palsu dan juga Check Your Label.

Para peserta turut diberikan kuiz secara spontan bagi menguji pemahaman mereka terhadap pengisian modul-modul yang telah disampaikan. Pada pukul 10 pagi, taklimat Analog Switch-Off bermula. Taklimat ini juga turut dihadiri oleh ketua-ketua kampung bahagian Saratok.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali